Sabtu, 25 Disember 2010

Perwatakan boyz melalui jenis Handphone ? Betul ka tak ..

Ada orang bilang keperibadian lelaki tue boleh di tengok dari jenis handphone yang dorang guna . Betul ka nda ar ? Haha . Dapat dari majalah Yezz yang lama . Saja mahu tulis sebab bosan :) 

1) Flip ..
Flip Handphone

Boyz yang suka handphone FLIP nie dikenali dengan keperibadian yang baik dan ringan kerana suka membantu orang yang di sekelilingnya tanpa mengira masa dan tempat .

Ini bermakna , boyz tue mempunyai daya penarik sebagai seorang yang lovely dan sangat menyenangkan . Dalam percintaan , kesetian memainkan peranan yang penting kerana boyz tue sendiri tidak sanggup menyakiti hati pasangan nya .

2) Touch Screen ..

Boyz yang suka handphone TOUCH SCREEN pula adalah type kengkawan yang perfectionist . Mereka juga suka melakukan sesuatu dengan teratur , begitu juga dengan barangan kesayangan mereka . Wajar tersusun rapi . Begitu juga dalam hal memilih pasangan , mestilah yang rapi termasuk dari segi penampilan .

Bagi mereka walaupun sekadar keluar untuk membeli top-up yang memakan masa kurang dari 5 minit perjalanan dari rumah , penampilan diri harus tetap dijaga .

Biarpun ada yang rasa tertekan dengan boyz sebegini yang sentiasa inginkan kesempurnaan , namun dalam bab cinta , mereka nie tergolong daalam golongan yang romantik dan akan mengangkat pasangannya ke darjat yang paling tinggi .

3) Qwerty ..

Perfectionist , disiplin dan tegas . Golongan yang memilih smart handphone seperti ini tidak suka melakukan sesuatu kerja secara last minit kerana itu akan membuat hidup mereka kelam kabut . Jadual harian mereka sentiasa di update secara rapi .

Kali pertama , mereka pasti dianggap seorang yang serius dan sombong kerana sukar tersenyum tetapi bila sudah mengenali mereka barulah di sedari bahawa mereka sangat friendly dan spontan ketika berbual . 

Itulah yang membuatkan ramai orang tertarik untuk bersahabat dengan mereka .

4) Slide ..

Boyz yang suka akan handphone jenis SLIDE  ini serba simple dan tidak suka memeningkan kepala mereka dengan perkara yang kecil lagi remeh . Lihat saja cara mereka berbual , pasti straight to the point , langsung tiada istilah berbasi - basi .

Mereka juga akan membuat orang lain berasa kagum dengan dirinya yang super kilat semasa melakukan sesuatu . Oh ya , mereka nie juga tidak suka menunggu .

5) Candy bar ..

Boyz yang memiliki handphone jenis CANDY BAR nie berbeza daripada yang lain dan memang itu tujuannya . Ingin tampil berbeza dan tidak peduli jika ada suara - suara belakang yang berkata tentang diri mereka .

Walaupun seolah - olah hidup dalam dunia sendiri tetapi mereka masih lagi ambil tahu tentang perkembangan dunia melalui media masa dan juga suka berkongsi pendapat . Begitu juga dengan pasangan yang menjadi pilihan mereka , mestilah tidak jauh berbeza dari diri mereka dan yang penting bijak .

*
*
*

Ngehehe . Betul ka nda yea ? Aku cuma ambil info dari majalah Yezz ja . Ta tahu betul ka nda . Di ambil dari edisi lama . And saja promosikan Yezz . Wahahaha :) 

Ada separuh yang dipotong , iaitu FOR GIRL ; HOW TO GET HIM . And ada separuh ayat ku sendiri . Lol .

*tapaya percaya kalau ta mahu :) kali ta betul . kan ? hoho*

psst ! thanx sebab baca :)♥

4 ulasan:

(: Hak Milik Nurul Farhana :)